WajaRevolutionClub

SEMANGAT JATIDIRI 1MALAYSIA
 
HomePortalRegisterLog in
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KERANA BERSAMA KAMI DI FORUM WAJAROYALCLUB.....SEMOGA ANDA SENANG HATI DAN BERBAHAGIA BERSAMA KAMI SEMUA SEKIAN....

Share | 
 

 pantun-pantun

Go down 
AuthorMessage
Guest
Guest



PostSubject: pantun-pantun   Wed Dec 02, 2009 12:56 pm

Bagaimana jala tidakkan koyak
Tali pengikat kena ke ranting
Bagaimana kepala tidakkan botak
Bini empat semuanya bunting

Ada malangnya membeli badik
Bila majal manfaatnya kurang
Ada malangnya berbini cantik
Bila ditinggal dipanjat orang

Ada untungnya membeli pasu
Pecahnya tidak sulit diganti
Ada untungnya berbini bisu
Marahnya tidak memaki-mak

Bagaimana lutung takkan berang
Babi mengejek kera mencerca
Bagaimana hidung takkan kembang
Bini cantik mertuapun kaya

Bagaimana lutung takkan berang
Kera memijak babi menginjak
Bagaimana hidung takkan kembang
Harta banyak binipun banyak

Bagaimana padi tidakkan rebah
Dipijak kambing bersama badak
Bagaimana bini tidakkan marah
Dia bunting awak merangkak
Back to top Go down
 
pantun-pantun
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
WajaRevolutionClub :: CERITA JENAKA-
Jump to: